Tuesday, February 22, 2011

keBetulaN atAu kenYatAan???

Assalamualaikum...jom fikir-fikrkan....

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah dan lembut besar perbezaannya
Namun ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan, kecuali jika terpaksaLalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam, wanita terus terusan bekerja
Di pejabat ...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari  
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat .celik Mata, sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang

Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak

Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju

Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat

Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi

Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi
Hukum agama telah terpapar

Tugas suami mengemas rumah, menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan

Lelaki yang hanyut dalam ke asyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam dian
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT' 

Tak perlu mncari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,

Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapt MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI......

 

Monday, February 21, 2011

ReNunG-ReNuNgKan.....

Assalamualaikum....

Hari ni macam-macam jadi..tp biarlah ape yang dah terjadi tu di jadikan sebagai pedoman hidup dan penambahbaikkan di masa hadapan...aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahnye...mungkin dengan apa yang berlaku hari ini akan lebih mematangkan aku di masa-masa akan datang...insyaAllah...di sini aku nak share lah beberape kata-kata hikmah untuk di renung-renungkan kepada sesape yang sudi membacanye...renung-renungkan dan selamat beramal..........

Dibuai lamunan kosong

Berhentilah mendramatisasi keadaan dengan lamunan kosong, selain kita akan menjadi pencuri masa yang malang, lamunan itu yang membuat kita lalai.

Mengalami musibah

Jika seseorang mengalami sebarang musibah, akibat dari amalannya yang buruk, kemudian dengan sedikit sahaja tumpuan kepada Allah, dan pengakuan ke atas kelemahannya, maka kemurahan Allah akan bersamanya dan musibah tersebut dijadikan asbab kebaikan yang besar bagi dirinya.

Perubahan dan Kemajuan

Bukanlah setiap perubahan itu kemajuan, tetapi setiap kemajuan bermula dengan perubahan.

Berdoalah untuk ibubapa kita

Jika kita sentiasa berdoa untuk kesejahteraan kedua ibubapa kita, Allah akan menggulungkan kita dikalangan orang-orang yang taat kepada ibubapa mereka.

4 perkara – hanya dengan redha Allah

Empat perkara yang tidak dapat diraih kecuali dengan keredhaan Allah s.w.t:
  1. Banyak bersikap diam
  2. Merendahkan hati (tawadhu’)
  3. Banyak berzikir kepada Allah
  4. Kesederhanaan dalam segala hal

Kehilangan segala-gala

Jika anda kehilangan harta benda, anda tidak kehilangan sesuatu.
Jika anda kehilangan semangat dan keberanian, berarti anda kehilangan banyak hal.
Dan jika anda kehilangan kemuliaan serta harga diri, berarti anda kehilangan segala-galanya.

Malu

Barangsiapa menghiasi dirinya dengan sifat malu, maka orang lain tidak akan menemukan aibnya.

Peringatan buat diriku yang terlalu banyak bicara

Rasullullah saw bersabda: Barangsiapa banyak bicaranya, banyak pula kesalahannya. Dan barangsiapa banyak kesalahannya, maka banyak pula dosanya. Dan barangsiapa banyak dosanya, maka api neraka lebih utama untuknya. (Hadith Riwayat Ath-Thabarani)
Seorang arif bijak ditanya: Berapa banyak sifat tercela (aib) yang anda dapati pada anak Adam?  Dia menjawab: terlalu banyak untuk bisa dihitung, tetapi aku dapati bahwa satu hal bila digunakan pasti dapat menutupi seluruh aib yang disandangnya, yaitu menjaga lidahnya.
====
Ya Allah, Engkau lah sebaik-baik Pemelihara. Maka peliharalah lidah kami daripada berbicara yang sia-sia.

ok sekian dulu....moge2 anda sume jadikan pedoman dan panduan...insyaAllah....